Sabtu, 29 Ogos 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN BERSAMA PERKIM CAWANGAN TAMAN DESA SETAPAK & PERKIM PERGERAKAN BELIA

Salam kepada semua Ahli/AJK/Saudara/Saudari/Tuan/Puan,

Dengan sukacitanya dijemput semua menghadiri majlis berbuka puasa bersama non-muslim pada tarikh dan masa seperti berikut:-

Tarikh : 29/8/09 (Sabtu)

Masa : 6.25petang

Tempat : Perkarangan Madrasah Al-Faaiziin, Desa Setapak, Kuala Lumpur

Program :

6.25petang - Ketibaan tetamu/jemputan

6.35petang - Ucapan daripada Pengerusi PERKIM cawangan

6.40petang - Penerangan Khas Ramadan (Oleh Ustaz Sulaiman Ding, Pegawai Dakwah
PERKIM Kebangsaan)

7.15petang - Soal Jawab

7.21malam - Majlis berbuka

7.45malam - Solat Maghrib

8.00malam - Bersurai

Semoga dengan kehadiran tuan/puan dapat menyerikan lagi majlis ini. Insyaallah.




















MARHABAN YAA RAMADHAN

Marhaban ya Ramadhan, Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah.

" Do'a Malaikat Zibril Menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: ·

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Selamat Menyambut Ramadhan .
Maaf Zahir dan Batin
Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina

Selasa, 11 Ogos 2009

[8 Ogos 2009] Lawatan ke Pertubuhan Anak-Anak Yatim & Miskin Sekinchan

Para peserta sabar menanti ketibaan bas rombongan

Bas bertolak dari Perkim Kebangsaan, Jalan Ipoh ke Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak-anak Yatim & Miskin Sekinchan

Kanak-kanak juga tidak ketinggalan untuk menyertai rombongan ke rumah anak-anak yatim

Sebelum sampai ke Rumah Anak-anak Yatim bas kami menghadapi kesukaran untuk melalui lorong yang sempit

Bas kami sekali lagi di duga dengan halangan kedua iaitu tidak dapat melepasi sepohon kelapa yang condong

Peserta rombongan terpaksa berjalan kaki sambil membawa sedikit sumbangan & buah tangan ke Rumah Anak-anak Yatim yang terletak tidak jauh dari tempat bas berhenti

Tiba di Pertubuhan Rumah Anak-anak Yatim & Miskin Sekinchan
Tatlimat oleh pengerusi majlis
Gambar kenangan dengan anak yatim (1)
Gambar kenangan dengan anak yatim (2)
Dapur asrama
Jamuan makan tengahari

Ahad, 9 Ogos 2009

Program Muhibah Islam anjuran PERKIM dan Masjid Kampung Tunku

Assalamualaikum w.b.t.,

Pada Ahad, 9 Ogos 2009 akan diadakan Program Muhibah Islam anjuran PERKIM Gerak dan Masjid Ar-Rahman, Kampung Tunku, PJ.

Tujuan program ini adalah bagi merapatkan ukhwah dengan saudara Islam. Semua ahli & sekitar penduduk warga Islam Kg Tunku dijemput bagi memeriahkan majlis.

Program Agenda:

8.30 Pendaftaran di Masjid Ar-Rahman, No. 7, Jalan SS 1/31, Kampung Tunku, PJ
Senaman Tai Chi
Kata-kata Aluan dari Pengerusi Majlis
Bengkel Membuat Kuih Chang, Pau & 'Dumpling'

10.00 Ceramah 1 & Sesi Soal Jawab
Tajuk : Yoga dari Perspektif Islam
Penceramah : Ustaz Muhammad Fitri Abdullah

11.30 Minum Pagi

11.45 Ceramah 2 & Sesi Soal Jawab

1.20 Solat Zohor & Makan Tengahari

2.30 Bersurai

Semoga segala usaha kita diberkati oleh ALLAH s.w.t.

Sekian, terima kasih.

Salam Ukhuwah,
Perkim Gerak